Strategi Content Marketing #1

Strategi Content Marketing adalah amat penting terutamanya untuk jenama/produk baru di internet. Pada masa ini pengguna internet menemui sesuatu jenama/produk dengan menilai Konten mereka di internet.

Pengguna internet menyemak gambar di Instagram, menonton iklan di Youtube, dan melihat iklan di Facebook. Dalam kata lain, jika jenama/produk tidak mempunyai Konten yang baik, maka jenama/produk itu tidak relevan pada pandangan pengguna internet.

Content Marketing Strategies

Kaitkan Strategi Konten Marketing anda dengan Acara Luar

Kita semua mahu Konten kita yang berupa artikel atau blog, diiktiraf dalam industri. Selain daripada anda hanya mempromosikan jenama/produk anda di internet, anda boleh menjadi lebih kreatif dengan melaksanakan acara promosi di luar sana yang secara tidak langsung juga mempromosikan Konten anda kepada peserta acara anda. Gunakan peluang tersebut untuk meyakinkan pelanggan secara bersemuka!

Satu contoh hebat ialah acara yang telah dilaksanakan oleh INBOUND Hubspot. dalam acara tersebut, Hubspot membawa beberapa panel yang terdiri daripada pakar untuk perbincangan yang inovatif, perkongsian berkenaan pemasaran dan jualan.

Acara tersebut berjaya menarik 19,000+ profesional pada 2016. Dengan mewujudkan acara tersebut juga, Hubspot bukan sahaja dapat melibatkan beribu-ribu pelanggan berpotensi, tetapi juga dapat mewujudkan kredibiliti Konten mereka. Pelanggan kini percaya, dan mula menjadikan Konten Hubspot sebagai rujukan mereka.

Dengar suara pembaca anda

Tidak tahu topik apa yang perlu disertakan dalam jadual konten anda? Dapatkan penyertaan daripada pembaca anda, dengan bertanyakan mereka apakah topik yang mereka mahu anda tuliskan. Anda juga boleh menyiapkan borang kaji selidik untuk pembaca anda dan mula mengumpul data dari pembaca anda sendiri.

Kontroversi juga membantu

Controversial Content Strategy

Pengguna internet rata-rata sebenarnya tertarik kepada artikel yang perlu mereka sahkan atau artikel tersebut bertentangan dengan apa yang mereka tahu dan percaya selama ini(bersifat kontroversi).

Ini mencetuskan rasa ingin tahu mereka dan membuatkan mereka mahu memahami lebih lanjut berkenaan isi artikel tersebut. Berikut adalah contoh yang anda boleh rujuk untuk menjadikan artikel anda bersifat kontroversi; -

Fikirkan situasi yang jarang atau tidak mungkin berlaku
Anda boleh menulis tentang kejadian yang bertentangan dengan situasi normal. Sebagai contoh, lihat artikel dalam gambar di bawah. Pembaca cenderung untuk klik tajuk utama kerana mereka ingin mengetahui bagaimana Elon Musk membina jenama yang popular tanpa sebarang strategi pemasaran.

Go against the norm

Mencetuskan perbincangan lanjut
Pilih topik yang mencetuskan perbincangan lanjut. Etsy telah melakukan ini dengan baik. Etsy hanya menghantar soalan dalam format gambar, seperti yang dilihat di bawah:

How to ignite conversation with your content.png

Walaupon posting dari Etsy ini kelihatan sangat ringkas tetapi ia mampu mencetuskan perbincangan dikalangan pembaca mereka. Berikut adalah sebabnya :

Etsy dilihat sebagai jenama yang benar kerana gambar tersebut itu adalah salah seorang staf mereka. Tambah lagi mereka menyatakan soalan dalam bentuk tulisan tangan mereka sendiri. Maksudnya, tidak ada manipulasi grafik atau animasi yang selalunya menimbulkan rasa ragu dan memudarkan elemen kepercayaan antara Etsy dan pembaca.

Pembaca memahami sendiri komitmen Etsy terhadap pembacanya dengan tulisan tangan di atas papan yang dihasilkan sendiri oleh Etsy.

Copywriting yang digunakan Etsy adalah sangat relevan pada pembaca kerana menjelang musim cuti, sememangnya mereka sedang berfikir tentang apa hadiah untuk orang yang tersayang dan rakan-rakan mereka. Persoalan tersebut sudah ada di minda pembaca, tinggal lagi Etsy mencetuskannya.

Strategi ini berkesan. Sebagai buktinya hampir 300 komen dan 70 "like" diberikan pada posting tersebut.



Padankan Konten anda dengan Buyer’s Journey

Customer Journey

Bagaimanakah anda memastikan pengguna internet kenal jenama/produk anda?

Bagaimana anda membuatkan mereka mula menilai untuk membeli produk anda?

Bagaimanakah anda menukarkan mereka ini menjadi pembeli?

Persoalan ini lebih mudah dijawab dengan memadankan Strategi Konten anda dengan "Buyer's Journey".

Katakan pelanggan anda melanggan blog anda, tetapi masih belum membeli apa-apa lagi. Mengapa tidak anda mengarahkan perjalanan mereka ini ke peringkat yang membawa mereka hampir kepada jualan anda dengan menghantar e-mel kepada mereka, menawarkan ebook atau panduan produk yang akan membuatkan mereka untuk mempertimbangkan pembelian?

Atau, dengan tindakan lebih berani iaitu menawarkan mereka menggunakan produk anda secara percuma melalui pakej percubaan(trial package).

Kemaskini Blog/Artikel anda

Adakah catatan artikel lama anda yang baik dan berjaya benar-benar ketinggalan zaman dan tidak boleh digunakan semula? Tentunya tidak! Anda sentiasa boleh memaksimumkan artikel lama anda dengan mengemas kininya. Berikut adalah beberapa cara untuk mengemaskini artikel lama anda:

Buat artikel susulan kepada artikel lama
Jika artikel anda popular, buatlah artikel sekuel atau susulan. Artikel lanjutan ini biasanya berjaya. Bukan hanya kerana ia sudah mempunyai pembaca, tetapi juga kerana ia boleh menarik pembaca baru dan membawa trafik dari artikel lama ke artikel susulan tersebut.

Sebagai contoh, jika anda menulis "Panduan Jualan Online untuk tahun 2018", anda boleh membuat artikel susulan dengan tajuk "Panduan Lanjutan Jualan Online untuk tahun 2019."

Paparkan Artikel Cadangan(Related Posts)
Dengan meletakkan artikel cadangan/artikel berkaitan pada setiap artikel utama anda, pembaca akan mengambil lebih lama masa melayari laman web anda. Jika sajian artikel anda benar-benar menarik, ia suatu penanda baik untuk anda lebih mudah menguruskan "Buyer's Journey" yang telah pon kita bincangkan di atas.

Kemas kini Kandungan Lama Dengan Maklumat Yang Lebih Baik
Enjin carian Google mengutamakan artikel yang terkini dalam hasil cariannya. Atau lebih faham jika kami terangkan begini, anda mempunyai catatan blog bertajuk, "Tutorial Jualan Online untuk rujukan anda untuk tahun 2019". Ini secara automatik akan mendapat kedudukan yang lebih tinggi(ranking dalam hasil carian) daripada catatan yang sama yang ditulis pada tahun 2011.

Cuba menang dalam senarai terawal Google News

Untuk tujuan ini, anda perlu mengetahui berikut:

Hasilkan Artikel yang original
Jangan menulis semula berita yang telah dipaparkan pada laman web lain. Sebaliknya, tulislah berita baru, peristiwa baru dan pastikan sumber anda adalah dari sumber yang boleh dipercayai.

Pastikan Tajuk Artikel anda mempunyai kata kunci
Tajuk yang bersifat Clickbait tidak lagi memberi apa-apa credit kepada anda. Enjin Carian Google lebih mengutamakan tajuk-tajuk yang jelas dan tepat dengan kandungannya.

Elakkan artikel yang bersifat Evergreen(Tidak lapuk oleh masa)
Artikel yang Evergreen yang sentiasa relevan setiap masa seperti "Bagaimana menulis blog yang baik", "Tutorial menyunting gambar untuk iklan" dan sebagainya mungkin baik untuk blog anda. Tetapi jika anda ingin melihat artikel anda berada dalam senarai Google News, artikel seumpama itu harus dielakkan. Google News hanya menyenaraikan artikel yang terkini dan tidak bersifat Evergreen.

Menulis setiap hari
Semak gambar dibawah dan cuba fahamkan apa yang dapat anda belajar daripadanya:

Update Articles Daily

Ya, setiap mereka mempunyai satu persamaan, yakni artikel mereka dikemas kini setiap hari.

Menghasilkan artikel dengan ciri-ciri yang telah kita bincangkan di atas sememangnya agak mencabar namun, semakin anda berusaha mendekati panduan ini, semakin luas peluang anda untuk mendapat pelanggan yang membeli.