Memahami Copywriting

Apakah yang dimaksudkan dengan copywriting?


[ HEADLINE ]
TERBUKTI BERKESAN!
Kini Anda Boleh Kelihatan Segak Dalam Tempoh 30 Hari Tanpa Perlu Berlapar!

[ SUB-HEADLINE ]
Rahsia Kuruskan Badan Tanpa Perlu Berdiet atau Bersenam Kini Kami Bongkar.

[ PRODUCT DESC ]
Adakah Anda Mempunyai Masalah:
Seluar dan baju sentiasa ketat?
Diperli teman anda gemuk?
Sukar untuk kuruskan badan kerana anda suka makan?

Tetapi Dengan Produk Kami, Kami Jamin Anda Akan;
Segak dalam 30 hari
Tanpa perlu bersenam dan masuk gym
Tidak perlu berlapar atau berdiet


[ CLOSING ]
1. Testimoni
2. Bonus @ Discount
3. Call to action


Copywriting adalah satu seni menulis ayat iklan

Begitulah susunan copywriting yang biasa kita lihat di posting Facebook, Instagram, Whatsapp, Telegram dan sebagainya. Benar, copywriting adalah satu seni menulis ayat iklan dengan tujuan menarik perhatian prospek seterusnya menukarkan prospek menjadi pelanggan.

Namun yang demikian, contoh yang kami berikan diatas adalah sebenarnya hanya satu cabang jenis copywriting sahaja.

Perlu tahu maksud sebenar copywriting

Jika anda seorang business owner yang benar-benar ingin menumpukan jualan secara online, adalah perlu untuk anda mengetahui maksud sebenar copywriting.

Ini untuk mengelakkan anda tersalah-guna pakai format writing pada copy tertentu. Maksudnya, format writing yang kami tampilkan di atas, sebenarnya hanya sesuai untuk digunakan pada Facebook Post dan sosial media yang lain, dan anda silap jika menggunakan format tersebut untuk laman web utama anda.

Copywriting yang panjang berjela sebenarnya agak tradisional walaupon ia masih mampu memberikan impak yang baik.

Istilah copywriting sebenarnya datang daripada dua perkataan iaitu copy dan writing. Copy yang dimaksudkan di sini adalah setiap jenis material yang kita gunakan untuk mengiklan termasuklah, poster, brochure, video dan sebagainya. Manakala writing yang dimaksudkan di sini adalah text yang digunakan pada material tersebut(ayat sebutan jika video).

Paparan yang ringkas lebih diutamakan

Copywriting yang lebih moden sebenarnya sangat ringkas namun membawa mesej yang sangat mendalam.

Tidak semua audience gemar membaca, tulisan yang terlalu banyak kadang-kala hanya menyakitkan mata, tambah lagi jika audience tahu itu adalah iklan.

Benar, ada segelintir marketer bersetuju bahawa hanya audience yang mempunyai interest sahaja yang akan terus membaca dan ini secara tak langsung menjadi filter kepada stranger(audience yang tidak meneruskan pembacaan). Namun, dalam dunia digital ada teknik yang lebih baik dari kaedah tradisional ini.

Dalam dunia digital, paparan yang ringkas lebih diutamakan. Paparan yang ringkas itu pula haruslah, mempunyai kekuatan untuk menarik interest audience. Selepas perhatian audience tertarik, barulah audience dibawa ke bahagian yang panjang berjela atau selalu di panggil sebagai Learn more section.

Contoh copywriting pada website:

Kami berikan satu contoh copywriting yang digunakan oleh laman web britmilfit.com

Website Copywriting

Ayat iklan yang digunakan:
Get fit outside and feel good inside with British Military Fitness this January

CTA:
Button 'Book your free class now'

Grafik:
Videography yang baik

Mesej
Fitness yang serius tetapi fun
Memujuk audience untuk tidak takut dengan fitness
Tidak kira apa kemampuan audience, fitness ini terbuka buat semua
Motivasi terbina dengan semangat pasukan
Anda tidak berseorangan, mereka juga melakukan fitness
dan lain-lain

Semoga artikel kali ini membuka minda anda untuk mula memerhatikan trending dan teknik iklan yang ada di sekitar anda, juga yang diguna-pakai di kebanyakan Landing Page/Sales Page dan lihat bagaimana teknik yang sama dapat diterapkan dalam bisnes anda juga.