Kos untuk Marketing

Budget Marketing datang dari mana?

Marketing Budget

Anda baru memulakan jualan secara online. Anda tahu bagaimana membuat FB Page. Anda juga tahu bagaimana nak mengendalikan FB Ads. Jika anda fikir, apa yang anda perlu lakukan untuk memastikan bisnes online anda berjaya adalah dengan hanya mengendalikan FB Ads, anda sewajarnya memeriksa kembali kira-kira untuk budget bisnes anda.

Katalah kos keseluruhan untuk menghasilkan satu produk adalah $50. Ini termasuklah kos pembungkusan, label dan sebagainya. Kemudian anda menetapkan harga jualan pada $80 atau dalam makna yang lain, untung bersih yang akan anda perolehi adalah $30 untuk setiap unit produk.

Ini adalah kira-kira basic yang kita semua tahu. Jadi, dari mana datangnya budget untuk Paid Ads seperti Fb Ads? Jika anda menghabiskan sebahagian budget yang ada di tangan tanpa memikirkan ini, anda sebenarnya tidak membuat apa-apa keuntungan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Marketing Budget?

Sebelum kita menjutkan kupasan, kami kupas sedikit sebanyak berkenaan apa yang dimaksudkan dengan Marketing Budget. Marketing Budget adalah sejumlah dana yang digunakan untuk aktiviti promosi, pengiklanan dan memperkenalkan produk anda kepada umum. Jumlah dana yang digunakan pula bergantung kepada saiz bisnes anda, jumlah jualan tahunan, dan jumlah pesaing.

Bergantung kepada niche bisnes anda, Marketing Budget boleh jadi serendah 1%, dan boleh jadi setinggi 30% dari pada hasil keuntungan. Jika bisnes anda masih baru, boleh jadi setinggi 50% dari untung jualan digunakan untuk Marketing Budget pada tahun pertama atau bulan-bulan terawal.

Biasanya Marketing Budget merangkumi:
Penyediaan iklan dan penyiarannya
Design and kos cetak untuk fizikal material seperti akhbar, brochures, surat dan sebagainya.
Aktiviti PR(Public Relation)
Trade shows
Event-event umum yang lain

Jangan sekali-kali meletakkan Marketing Budget dalam kira-kira untuk harga produk

Product Pricing

Ada kami terbaca, beberapa produk owner di facebook mengatakan seperti berikut :

Ya, memang kami meletakkan harga yang tinggi dari kos asal produk. Ini kerana, anda perlu tahu kos yang telah kami habiskan untuk aktiviti Marketing kami.

Ini jelas bertentangan dengan konsep asas dalam pengiraan kos. Sentiasa ingat, Marketing Budget harus dikira dari pada jumlah untung jualan anda, bukannya dimasukkan dalam kira-kira penentuan harga produk.

Peratus dari jumlah jualan(Untung Jualan)

Walaupon ada beberapa kaedah yang digunakan dalam penentuan Marketing Budget, kaedah terbaik adalah meletakkan peratusan pada hasil jualan(biasanya pada jualan tahunan). Bagi bisnes yang sangat stabil, Biasanya sekitar 9-12% daripada hasil jualan tahunan digunakan untuk aktiviti Marketing. Dan bagi bisnes yang masih kecil, peratusan boleh jadi serendah 2%.

Jika bisnes masih sangat baru, peratusan yang lebih besar mungkin terpaksa digunakan. Jika anda perhalusi, Kebaikan utama untuk meletakkan Marketing Budget ini bergantungan kepada jumlah sales tahunan adalah :

Marketing Budget akan ditingkatkan atau diturunkan bergantung kepada hasil jualan tahunan. The marketing budget will increase, or decrease, with the sales revenue of the company. Jumlah budget yang digunakan sentiasa terkawal dan hasil jualan sentiasa terpelihara.

Di sini pentingnya pemahaman terhadap konsep asas bisnes secara online

Pada peringkat awal, anda mungkin telah menyediakan dana untuk aktiviti memperkenalkan brand anda kepada umum. Benar, dana tersebut termasuk sekali dalam kira-kira pembangunan bisnes. Contohnya seperti, membayar individu yang ramai follower di Facebook, Instagram dan social media yang lain, untuk mereka ini melakukan review terhadap produk anda yang masih baru di market.

Apa yang anda perlu fahami, dana tersebut adalah bersifat one time budget. Hanya ada pada peringkat awal sahaja. Selepas setahun, atau beberapa bulan yakni pada peringkat seterusnya, mahu atau tidak mahu, anda perlu mempertimbangkan Marketing Budget ini dengan jumlah jualan anda.

Dalam kata lain, Marketing Budget cuma ada bila anda membuat jualan yang baik. Jika jualan agak merosot, tiadalah pilihan lain melainkan memotong rendah Marketing Budget anda. Di sinilah pentingnya pemahaman terhadap konsep asas bisnes secara online.

Konsep asas bisnes online secara tak langsung mengajar kita, sebelum terlibat dalam Paid Ads(Iklan/Marketing berbayar), kita mestilah fokus kepada pembinaan brand(branding). Dan untuk membina brand, menyediakan konten yang baik, atau dalam bahasa yang lebih umum, blogging adalah cara yang terbaik untuk membina brand.

Fokus kepada Organic Reach dahulu, sebelum Paid Reach

Organic and Paid Reach

Ini adalah sebab utama kami tidak menggalakkan anda memulakan bisnes secara online dengan hanya menjadikan Facebook Page, atau Instagram atau sosial media yang lain, sebagai platform utama bisnes anda. Fahami konsep asas bisnes secara online. Seperti yang telah kami bincangkan di post yang lalu, anda mestilah menjadikan laman web anda sebagai platform utama.

Oleh kerana anda menjual produk, anda haruslah membezakan antara Laman Utama dan Blog. Elak menjadikan blog sebagai Laman Utama. Seterusnya, mulalah menghasilkan konten yang baik secara konsisten. Dengan cara ini, anda secara tak langsung telah membina brand anda dan trust antara anda dan customer. Bahkan sebenarnya, jika Laman Web anda disokong oleh artikel-artikel yang baik, Paid Ads anda akan memberikan output yang lebih baik berbanding bisnes yang tidak disokong dengan konten-konten yang baik.

Janganlah terburu-buru untuk menumpukan perhatian kepada Paid Ads. Fokuslah kepada Organic Traffic dahulu sebelum Paid Ads.