Bandwidth atau Data Transfer

Sering berlaku ketika anda ingin memilih tawaran package dari mana-mana web hosting, anda keliru perbezaan antara Bandwidth dan Data Transfer.

Kadang-kala, anda akan dapati, hanya Data Transfer disebut dan tiada Bandwidth di dalam senarai, atau hanya Bandwidth disenaraikan, dan tiada Data Transfer di dalam senarai. Mengapa begitu? Apakah beza dua Bandwidth dan Data Transfer ini?

Secara Teknikalnya, Bandwidth adalah jumlah data yang yang boleh dipindahkan dalam satu-satu masa. Manakala, Data Transfer adalah jumlah keseluruhan data yang telah dipindahkan.

Definisi yang terlalu teknikal dan sukar difahami, lupakan definisi tersebut buat sementara. Fikirkan begini, andaikan Bandwidth sebagai sebuah jalan yang besar dan lebar, semakin lebar dan semakin banyak lorong pada jalan, semakin banyaklah jumlah kereta yang boleh melaluinya pada satu-satu masa. Manakala, Data Transfer pula adalah jumlah kereta yang dibenarkan untuk melalui jalan tersebut.

Sesetengah hosting memberikan jaminan unlimited bandwidth, atau dalam perkataan lain, Ya, anda tidak perlu risau pasal selebar mana jalan yang disediakan pihak hosting, kerana mereka memberikan jaminan jalan mereka cukup lebar untuk menampung jumlah kereta yang melalui jalan tersebut dalam satu-satu masa yang sama.

Sebab inilah juga, kadang-kala kita tidak mendapati perkataan Bandwidth di dalam senarai. Hanya Data Transfer yang ada di dalam senarai. Pon begitu, anda sentiasa boleh mendapatkan kepastian dengan menghubungi pihak customer service hosting tersebut.

Bandwidth vs Data Transfer

Bagaimana Bandwidth memberikan impak kepada laman web anda

Semakin rendah nilai Bandwidth semakin perlahan laman web anda untuk muncul di skrin. Biarlah, selaju mana pon internet connection yang visitor laman web guna, bila jalan sempit dan tidak lebar, mereka tetap perlu menunggu giliran mereka untuk membolehkan mereka melalui jalan tersebut

Bagaimana Data Transfer memberikan impak kepada laman web anda

Semakin rendah nilai Data Transfer, semakin kerap anda akan dapati laman web anda gagal dipaparkan di skrin dengan baik. Ini kerana, anda telah pon menggunakan keseluruhan kuota data transfer.

Sebagai contoh, katalah hanya 100 buah kereta dibenarkan melalui jalan tersebut dalam sebulan. Pada minggu pertama, sudah 100 buah kereta melalui jalan tersebut, dan anda telah pon habis menggunakan kuota yang ada pada bulan itu. Ini bermakna pada 3 minggu yang seterusnya, anda akan dapati, untuk membuka laman web tersebut, anda memerlukan masa yang agak lama(super-slow) atau boleh jadi anda langsung tidak boleh membuka laman web anda.



Data Transfer

Jadi berapa nilai bandwidth/data transfer yang anda perlukan?

Jika anda berminat untuk mengiranya dengan lebih terperinci, anda perlulah menentukan saiz laman web anda dan juga anggaran jumlah visitor dalam sebulan. Objective anda sentiasa untuk memastikan setiap visitor dapat membuka laman web anda tanpa sebarang masalah.

1. Jangkaan jumlah visitor
2. Saiz semua pages(ini termasuk semua text, grafik, video jika ada dan lain-lain fail yang terlibat.
3. Jangkaan jumlah pages yang akan visitor buka

Visitors x Avg. page size x Page views x 30 days = your monthly website data transfer

Sebagai contoh, laman web anda ada 5 pages, dan setiap pages tentunya mempunya text and images. Katalah jumlah keseluruhan saiz adalah 30KB setiap page. Kemudian, anda menjangkakan 50 visitor akan mengunjungi laman web anda setiap hari, dan kesemua mereka akan membuka kelima-lima pages laman web anda.

Maka, pengiraan monthly website data transfer anda akan menjadi seperti berikut:
50 visitors X 30KB X 5 pages X 30 days
= 225,000KB or 0.225GB/month