Bagaimana memulakan bisnes secara online?

Short Term? Medium Term?

Adalah lebih baik untuk mengetahui di dalam kategori manakah bisnes online yang anda ingin lakukan. Adakah ianya Short Term atau Medium Term.

Short Term

Anda perlukan pulangan yang cepat. Anda tak mahu lagi menunggu. Apa yang anda perlu lakukan adalah mula mencari produk yang trending dan yang sedang hot di pasaran. Anda juga mungkin ingin membuat analisis di Google Trend untuk mencari apakah keyword yang paling popular.

Syarat yang paling utama untuk bisnes online jenis ini adalah:

Jangan sekali-kali jual produk yang tiada permintaan(demand). Lupakan saja apa-apa produk yang anda suka untuk jual. Jual apa yang sedang hot di pasaran. Bukan apa yang anda suka jual.

Bisnes Short Term seperti ini sebenarnya dibuat per projek untuk satu-satu masa. Sebagai contoh, hari ini anda menjual ubat tambah berat badan(Weight Gain), kerana ianya sedang trending. Anda terus menjualnya sementara masih ada permintaan(demand) di pasaran.

Sementara itu, anda juga bersedia dengan projek seterusnya. Misalnya, menjual Yoga Pant pada projek seterusnya.

Adakah anda risau jika jualan Weight Gain anda merosot? Pastinya tidak. Masa bagi anda bukanlah untuk dibazirkan. Teruskan kepada projek seterusnya(Yoga Pant), tinggalkan projek Weight Gain yang sudah tidak lagi trending.

Medium Term

Tidak seperti Short Term, Medium Term adalah lebih kepada membina branding. Perjalanan bisnes lebih panjang. Semakin hari anda semakin memahami produk anda sendiri, anda juga semakin mengenali pelanggan, memahami keadaan pasaran, mencipta permintaan(demand), dan mencuba pelbagai kaedah dan strategi marketing.

Minat yang mendalam juga menjadi salah satu motivasi bisnes yang efektif untuk bisnes jenis ini.

Yang Mana Satu Harus Anda pilih? Short Term? Atau Medium Term?

Sebenarnya bergantung kepada keputusan anda. Lebih bijak jika anda melakukan kedua-duanya. Buat Medium Term bisnes dan dalam masa yang sama, cari produk-produk yang sedang laris di pasaran dan cuba menjualnya juga(di bawah projek yang lain). Yang lebih utama adalah sebenarnya keupayaan anda membezakan antara dua kategori ini kerana strategi marketing adalah berbeza untuk kedua-duanya.

Funnel Asas Perniagaan Online

Social Media Funnel

Apa yang kita faham berdasarkan diagram ini

Ya betul, kita berada di landasan yang salah jika kita anggap Facebook Page kita adalah platform utama dalam perniagaan secara online. Seperti diagram funnel di atas, social media seperti Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya adalah hanya channel sahaja, bukanlah platform utama.

Bisnes online sebenarnya adalah semudah:
(a) Mempunyai platform utama untuk aktiviti bisnes
(b) Mengetahui sumber trafik

Platform utama yang dimaksudkan adalah laman web anda, dan anda menarik trafik dari segenap sumber(asalkan ada ramai user, di situ anda akan cuba tarik), ini termasuklah trafik dari sosial media seperti Facebook, Instagram dan lain-lainnya.

Trafik yang datang ke laman web anda pula, secara spesifiknya mungkin dikategorikan kepada organik, direct, referral dan sebagainya, namun yang paling asas adalah dengan membahagikannya kepada dua jenis kategori di bawah:
(a) Trafik Organik
(b) Trafik Berbayar

Organic vs Paid Reach

Trafik Organik

Trafik Organk adalah apa yang kebanyakan marketer utamakan. Trafik ini terdiri daripada pelawat yang datang dari enjin carian, seperti Google atau Bing. Direct atau referral juga boleh dianggap sebagai trafik organik. Selagi anda tidak pernah membayar untuk mendapatkan trafik ini, anda boleh menganggapnya sebagai organik.

Trafik Berbayar

Paid Traffic boleh datang dari pelbagai sumber berbayar seperti Facebook Ads atau Google Adwords.

Berkenaan SEO

Untuk bisnes Medium Term, Trafik Organik adalah satu kemestian. Mengetahui semua tips SEO adalah penting, menghasilkan konten yang baik (artikel/blog) sangat membantu dalam menaikkan SEO. Jika anda menjalankan iklan berbayar sekalipon, objektif anda adalah untuk Trafik Berbayar ini menjadi, Trafik Organik melalui engagement yang akan berlaku misalnya melalui langganan artikel dan sebagainya.

Sementara itu, untuk Bisnes Online yang bersifat Short Term, anda sebenarnya boleh melupakan SEO sama sekali. Tumpuan anda hanya kepada Landing Page(sebagai platform utama) dan Iklan berbayar(untuk menarik trafik). Pengetahuan yang sangat mendalam tentang bagaimana untuk menetapkan Iklan di platform Iklan seperti FB Ads adalah kritikal untuk business jenis ini.

Inilah sebabnya kami menyarankan anda untuk mengetahui jenis bisnes ada terletak dalam kategori yang mana. Marketing Strategi untuk kedua-dua jenis bisnes ini adalah berbeza. Mengetahui di dalam kategori manakah bisnes anda berada akan memudahkan anda untuk merancang aktiviti marketing anda.

Artikel yang kami sediakan di sini pula lebih menekankan tentang bisnes Medium Term di mana, penulisan lebih membincangkan tentang bagaimana untuk membina branding, menghasilkan konten yang baik, dan fokus lebih kepada Trafik Organik.

Nasihat kami kepada anda yang ingin memulakan perniagaan online sangat mudah:
(a) Bina laman web
(b) Sediakan konten yang baik(artikel/blog)

Social Media Sales Funnel

Selepas kedua-dua point di atas siap, anda boleh mulakan pelbagai jenis teknik dan kaedah marketing termasuklah marketing berbayar. Setiap hari, fokus anda adalah bagaimana lebih user akan melawati laman web anda. Percayalah jika laman web dengan struktur dan grafik yang baik dihasilkan, beserta dengan konten yang berkualiti, trafik yang sangat berkualiti pasti mudah diperolehi.