Apakah yang dimaksudkan dengan analytic

Kaedah yang selalu digunakan oleh online seller yang baru adalah sangat simple. Membuat iklan di posting Facebook, dan meletakkan nombor whatsapp sebagai CTA.

Apakah data yang dapat dikumpulkan dengan flow yang seringkas ini? Pastinya berapa jumlah customer yang menghubungi melalui whatsapp dan daripada jumlah tersebut, berapa customer yang membuat belian. Terlalu ringkas dan sebenarnya tidak terlalu membantu.

Simple Marketing Stratey

Seperti yang kami telah bincangkan pada post yang lalu, memantau performance marketing anda adalah salah satu tugas yang penting bagi business owner.

Dalam post yang lalu, kami menekankan bahawa, busines owner sepatutnya fokus kepada:
1. Memastikan laman web dilengkapi dengan semua elemen penting untuk menjadikannya laman web yang hidup(tidak mati/statik) dan mampu membuat conversion(yakni dilengkapi dengan CTA yang bersesuaian)
2. Menjalankan aktiviti marketing secara konsisten
3. Memantau marketing performance anda

Masalahnya, ramai online sellers tidak faham point nombor 3. Kebanyakannya tidak pernah tahu, MEMANTAU MARKETING PERFORMANCE adalah tugas terpenting yang mesti diberi perhatian.

Untuk tujuan analisis, kita memang ada pelbagai tools yang boleh digunakan untuk memantau performance marketing campaign. Namun, kami mencadangkan Google Analytic atas dasar ianya cukup lengkap dan ramai komuniti yang menggunakannya. Kami juga sentiasa memastikan setiap laman web yang ditempah pelanggan terpasang sistem ini.

Untuk kali ini, sebagai pengenalan awal, kami mencadangkan anda untuk membuka akaun dengan bitly.com. Ikuti langkah mudah dibawah, anda akan mula memahami apakah yang dimaksudkan dengan memantau marketing performance, dan anda akan faham kenapa ianya penting.

Langkah 1 - Buat akaun bitly dan login

Langkah 2 - Siapkan landing page anda

Langkah 3 - Ringkaskan url landing page anda dengan bitly.com

Contoh: http://bit.ly/2DEsM52

Langkah 4 - Jalankan strategi marketing anda

Untuk kali ini, sebagai contoh, anda boleh menggunakan strategi signature marketing. Caranya mudah, pergi ke sebanyak mungkin posting facebook yang popular, ambil bahagian dalam perbincangan dan berikan komen anda. Selepas komen anda letakkan signature seperti di bawah:

**komen anda**
==============
Want to learn how to sell online?
http://bit.ly/2DEsM52


Commenting on Facebook-post

Step 5 - Jalankan strategi ini secara konsisten selama 1 minggu

Step 6 - Pantau performance

Di sinilah subjek utama posting kami kali ini. Selepas seminggu, marketing campaign anda dijalankan, sampailah masanya untuk anda memantau performance marketing anda.

Anda boleh melakukannya dengan login bitly, dan katalah anda terus menjalankan marketing campaign anda selama sebulan anda boleh dapati graf seperti dibawah, dipaparkan di dashboard bitly anda:

Bitly Dashboard

Apa yang anda boleh faham daripada graf ini?

Anda tahu berapa banyak yang telah melihat iklan anda daripada jumlah klik. Dengan nilai ini, anda boleh mengenal pasti dimanakah trafik yang baik untuk anda beriklan.

Inilah juga sebabnya, kami anjurkan anda untuk tidak membuat posting iklan(copywriting) yang panjang. Cukup sekadar iklan yang ringkas(short copy) tetapi kuat untuk menarik minat audience untuk klik. (rujuk: memahami copywriting).

Maksudnya begini, kami tidak galakkan flow yang begini:
Avoid This Buying Flow

Yang kami cadangkan:
Good Buying Flow

Dengan susunan yang begini, anda boleh memantau performance marketing anda dan membuat analisis untuk menambah baik iklan anda.

*Untuk kali ini, jumlah klik menjadi pengukur. Untuk kaedah yang lebih baik, code Google Analytic dipasang pada landing page(website), dan performance dipantau dengan data yang lebih baik dari Google Analytic.

Satu lagi perkara yang kita boleh faham daripada graf tersebut adalah, jika anda menyiarkan iklan dengan strategi yang sama pada beberapa channel yang lain juga selain FB, anda akan kenal pasti, dari channel manakah iklan anda paling laku. Anda mungkin mahu fokus lebih kepada channel tersebut untuk strategi marketing ini.

Dan pelbagai lagi analysis yang anda boleh lakukan untuk penambahbaikan kepada iklan anda

Kami harap, dengan perkongsian kali ini, anda kini faham apakah dan berapa pentingkah tugas untuk memantau performance marketing ini. Ingatlah, resepi strategi marketing harus solid di tangan anda kerana nyawa bisnes anda bergantung sepenuhnya kepada resepi strategi ini.